Selamat Tahun Baru 2014 :')

HERE :
Hehehe. Aku terlewat 1 jam 15 minit untuk ucap nie. Ucap ke ? Rasanya aku post gambar je. Kan kan ?? 
Hahaha. Btw, aku rasa tahun nie syahdu sangat.. Tak tahu kenapa.. Aku rasa macam... Macam... 
Sedih sangat.. Terharu.. Syahdu.. Comelnya budak nie cebik >_<
Hem... Lagi... 
Lagi.. 
Lagi.. aku rasa macam nak pergi... Pergi meninggalkan... alam nie. Aku rasa macam dah tak lama dah aku hidup atas dunia nie. Aku macam dapat rasa macam mana perasaan mama abah aku yang sedih bila aku dah tiada nanti. Dapat rasa macam mana perasaan kawan-kawan aku, especially Fadhilah yakni BESTFRIEND aku, perasaannya, bila dia dapat tahu aku dah tak de lagi untuk dye luahkan segala-galanya selain dari-Mu ya Allah..
Ya Allah.. Aku masih banyak dosa yang belum diampunkan lagi ya Allah.. Banyak lagi perkara yang aku nak buat atas dunia nie ya Allah.. Kau berilah aku kesempatan untuk ku hidup dan berbakti atas dunia-Mu ini ya Allah.. Berilah lagi aku kesempatan untuk merayu keampunan dari-Mu ya Allah... Aku belum cukup puas untuk berada disamping keluargaku, kawan-kawanku. Belum cukup puas untuk merasa nikmat-Mu ya Allah.. 
Tapi, jika sudah ditakdirkan aku hanya dapat hidup untuk setakat ini, aku redha ya Allah... Kau utuskanlah malaikat Izrail untuk menarik nyawaku ya Allah.. Tetapi, janganlah engkau membiarkan malaikar Izrail menarik nyawaku dengan dahsyat ya Allah ! Sakitnya sakaratulmaut itu, kira-kira 300 kali dipukul pedang ! Ya Allah..! 
Aku sebenarnya, sangat takut bila teringatkan tentang kejadian-kejadian selepas kematian. Perjalanan untuk ke alam syurga sangat hebat dugaannya. Juga perjalanan untuk ke alam neraka, turut hebat. Hendak menjadi baik bukan senang. Hendak menjadi jahat juga bukan mudah. Jika ada yang rasa jadi jahat itu mudah, itu bermakna mereka telah berjaya mengikut jejak langkah syaitan. Syaitan hanya bertepuk tangan melihat mangsanya terbakar dalam api neraka kelak ! 
"Syabas manusia ! Kau bodoh !", kata syaitan dengan sinisnya.
 
"Allah !!!", meraunglah ahli neraka meminta dikembalikan ke dunia..
Marilah kita mengucap dua kalimah sebentar :')
Itu sajalah perasaan yang dapat aku luahkan sekarang nie :)
Hemmm...
Azam tahun baru aku ??
"Aku nak jadi lebih baik dari yang dulu. Mahu menjadi seorang yang cekap dan peka tentang keadaan sekeliling. Mahu menjadi seorang remaja yang berguna ! Menjadi anak yang berbakti kepada ibubapa. Menjadi hamba yang PAYAH sangat untuk meninggalkan suruhan-Nya, bukan yang MUDAH melakukan larangan-Nya. Dannn... Kalau boleh nak jumpa kawan baru and.. Hem, teringin juga untuk berumahtangga. Ehehe" 

Sekian, itu sahaja luahan dari hati ke blog aku untuk pagi ini.
1:15am *1 Jan 2014*

Alhamdulillah !

A ghost ??!

Wahai manusia-manusia sekalian. Di bumi ini terdapat makhluk lain juga yang menghuni. Bukan haiwan, bukan tumbuhan. Tetapi suatu entiti yang tidak dapat diterima akal oleh ahli-ahli sains. Juga tidak dapat dilihat dengan mata kasar.. Mata kita telah dikaburi dengan hijab... Jika terbuka hijab kita, maka terlihatlah kita suatu benda ghaib yang jarang-jarang dilihat.. Benda ghaib yang menakutkan.. Yang menjadi igauan buruk kepada mereka yang 'istimewa'. Dan, benda ghaib tersebut ialah...

 
HANTU KAK LIMAH ??!

Bukan Hantu Kak Limah ! Tapi HANTU sahaja ! HAHAHA ! Takut tak ?? Tak takut ? Tak pe, kalau tambah background music nie, pasti gempak ! Bunyi guruh berdentum ! Angin bertiup kencang ! Suara-suara nyaring manusia yang meminta tolong. Juga suara bayi yang menangis ketakutan. (Apa aku merepek nie?) Hahaha.
Owkey. Stop bebel. Aku post entri baru kali nie, nak story tentang kejadian benar yang berlaku dalam hidup aku. Bukanlah kejadian yang macam dalam filem2 hantu yang penuh dramatis dan tragis, cuma tertangkap gambar hantu je.
 
Ceritanya gini. Masa tu, aku and sedara-mara aku, kebanyakannya budak2 lah, tengah hepi2 main dekat luar rumah nenek aku. Kawasan luar rumah nenek aku tu lapaaannnggg ! Dekat situ ada satu pondok untuk lepak2. Atuk aku bina sendiri tau ! Dah tua2 pun still kuat. Hehehe >_<
Okey. Masa tu, aku tengah melayan adik bongsu aku nie main kat atas pondok tu. 
Comelkan adik aku ?? X3
Dekat sebelah aku lak, ada sedara perempuan aku. 13 tahun. Nana nama samarannya. Dye tengah syok amik gambar sendiri guna henfon aku. Dalam erti kata lain, ber'SS' lah. SS ? Apa tu ?? Syok Sendiri lah.. Hehehe. 
Ini diaaa Nana aku ^_^
Sambil aku layan adik aku main, sambil tu aku layan gak lagu dalam MP3 Nana tu. Kadang2 aku mencelah gak masuk dalam gambar2 yang Nana amik. Hahaha. Dye amik gambar terus save. Tak tengok balik gambar yg dah diambil. Amik gambar dekat oudtoor. Manalah jelas gambarnye kat skrin fon kan ?? Soal buruk ke okey ke gambar tu, itu hal dalam rumah nanti. 
Masa dye amik2 gambar tu dah petang dah.. Kul 5.30 pm.. 
Okey. Ini cerita dalam rumah pulak. Masa nie aku lepas solat maghrib. Aku lepak dalam bilik tempat adik lelaki aku tengah rilex. (Pssst, adik aku tu bru pas sunat. Ekeke) Then, aku teringat pasal gambar2 siang tadi. Amik fon, baring atas katil, tengok gambar. Tersenyum-senyum tengok gambar2 tu semua. Macam2 ! 
Pastu, sampai kat satu part nie, aku dah mula sangsi. Ada kepelikan kat foto Nana. Kenapa rambut Nana belah kiri putih semuanya ?? Waktu tu, Nana lepas rambutnya yang lurus separas bahu. Aku next pic pulak. YA ALLAH ! Aku punye terkejut tengok gambar tu ! Putih belaka rambutnya !

Ini gambarnya. Tak ada rupa Nana langsung ! Nak kata sinaran cahaya matahari, takkan lah semuanya putih rambut tu ?? Nak kata flash ?? Sebelum nie hitam belegam je rambutnya kena flash ?

Then, aku terus gi kat mama aku yang tengah main tab and tunjuk gambar nie. Istighfar mama aku. Aku hebohkan kat semua pakcik, makcik, sepupu sepapat, nenek atuk, pasal gambar nie. Aku tunjuk gambar yang sebelum (yang rambut Nana baru nak jadi putih sebelah kiri saja) dengan gambar yang memang dah full white rambut dye. Gambar yang rambut dye putih sebelah kiri je tu aku tak nak post, sebab dye tak pakai tudung. Tapi yang nie aku berani post sebab aku yakin ini bukan dye ! 
Kecoh gak la rumah nenek aku. Masing2 intai luar rumah tengok kat pondok tu. Gelap. Memangla gelap dekat luar rumah. Malam kan ? Hahaha. Pastu, Nana pulak dah menangis. Dye takut. Kebetulan ayah dye datang, dye nak balik. Rumah Nana nie dekat je dengan rumah nenek aku. Tapi jalan kaki penat jugak.
 Ayah dye pun tengok gak gambar tu. Pastu mereka balik. Then tak lama lepas tu, dalam 10 minit, ayah Nana datang balik bawak bini. Semata-mata nak tengok gambar yg kat atas atas tuu..
Owh aku terlupa something. Imbas kembali masa aku and Nana dekat pondok luar rumah nenek aku..
Masa tengah layan adik aku main, aku sempat dengar Nana kata,

"Hish, kenapa gambar aku tak lawa nie ? Aku nak amik gambar macam hantu lah pulak"

That's it.. Mungkin kerana mulutnya, benda tersebut menonjolkan diri.. Menurut kata pakcik bongsu aku yang baru kawin tu, pondok situ memang ada makhluk yang duduk. Ada dua ! Satu putih satu hitam. Tapi, hem. Wallahualam...

KORANG NAK PERCAYA ATAU TIDAK, TERSERAH. AKU DAH DENGAR MACAM2 CERITA DEKAT RUMAH NENEK AKU. BUT, KAMI HANYA BIARKAN 'MEREKA' HIDUP. ASAL 'MEREKA' TIDAK MENGGANGGU KAMI SUDAH..

Sekian.. 

'Lepak'ing with Geng LB o(≧▽≦)o

Semalam, 29/12/2013 bersamaan hari Ahad, aku and the gang hang out gi makan2 kat BB Tomyam. Seronok sangat walaupun aku orang paling lewat datang ! Hahaha. Tapi nasib baik depa tunggu aku sampai, baru order makanan. Hehe. Thank guys ! 
Geng2 aku semuanya perempuan. Ada 8 orang kesemuanya ! Ramai tak ?? Hem boleh la kan. Lebih dari satu, ramai la kan ? Hahaha ! Masing2 ada karakter yang tersendiri. Ada gaya and rupa yang istimewa. Ada suara unik masing2 yang berlainan bunyi yang dapat membezakan antara kami. Ehehe. Actually, geng aku tade bos or ketua. Kami sehati sejiwa ! Apa yang penting ?? Kerjasama ! Good~~ Hahaha.
And, semalam, kami semua berjumpa setelah sebulan tidak berjumpa. Dah habis sekolah kan ?? Masing2 mula meningkat dewasa. Tapi rasanya perangai tetap tahap budak remaja kot. Ada beza ya REMAJA and DEWASA. Wahaha.
So, aku akan post gambar untuk membuktikan yang aku berjumpa dengan mereka. And korang akan perasan something dimana kebanyakan mereka memakai pakaian berwarna merah or yang seberadik dengannya ! Padahal tak rancang pun. Kecuali yang sorang. Yang ganjil itu lah yang mengajak kami keluar makan2. Sebenarnya, perjumpaan nie (perjumpaan haa) untuk budak dua orang yang bakal menjejakkan kaki ke PLKN tak lama lagi. So, sebelum kami lama tak jumpa, baik kami jumpa sekarang kan ?? Nanti kang rindu~~ Bhahaha >_<
Sambil2 tu korang leh la tengok rupa2 mereka yang 'macam cantik je macam comel je'. Hahaha. Sori Syasya, i guna trademark you (>y<)

Perasan tak siapa yang ganjil ?? Nyahaha !


Muka memainkan peranan yang depan sekali. Tapi ada member mukanya separuh pulak ? Lantak asalkan masuk pic, kan ?? Hahaha.

Itulah dua manusia yang bakal menghilangkan diri ke Perak demi misi yang sangat mencabar ! Hidup PLKN ! Hahaha
(ノ>▽<。)ノ




Yang ini kurang sorang.


Yang ni cukup semua yang hadir. But, tetap kurang dua orang... Mereka tak dapat hadir..

Baju coklat pernah menjuarai piala dunia 'mulut paling bising' ! Kahkahkah >_<

Dia nie pendiam. Tapi diam2 ubi berisi tau ! Hahaha ^_^

Itu dyaaa.. Ada orang menyelit di tengah ! Wahaha ! Yang tudung pink pekat tu pulak BPF aku. BestPrenForever (◍•ᴗ•◍)❤  

Hah ! Makcik nie sorang je bukan sekolah dekat sekolah kami. Dia pindah masa form 4. Budak elit oh ! Macam mana pun, kami tetap Geng !

Merah-merah delima~~ Hahaha. Dia pun ley dikatakan dak paling bising and dia agak manja ! Tengok muka pun tau kan budak manja. Hahaha. 

Sape lak nie ??? Hahaha, Inilah aku ! Masa aku naik nie, saspen gak sebab senang gerak ke depan ke belakang. Haha. Peace peace purr meow ! Hahaha (=^-ω-^=)

Owkey. Itu sahaja cerita kita. Hahaha. Kita kita lah pulak kita. Owh gedik now ! Hahaha. Tinggalkan jejak korg di Cbox tau. Nak kenal2 tambah kenalan. Owkey, hope enjoy~ bye bye~~ Assalamualaikum.

" Our friendship never 'game over' "

Kesemuanya sudah berumahtangga ^‿^

"Kesemuanya sudah berumahtangga". Korang faham ke post tittle aku tu ? Hahaha. Maksudnya semua orang sudah berkawin ! Kejap2, siapa semua orang tu ?? Haa.. mereka ialah adik-beradik mama aku ^_^. Mama aku anak kedua dari 10 orang adik- beradik. Ramai kan uncle2 and auntie2 aku. Hahaha X3
Hari tu, 7 December 2013 , adik bongsu mama aku merangkap pakcik bongsu aku, dah pun berkawin.. Majlisnya tak lah semeriah gilang gemilang macam artis Che Rozita Che Wan ngan laki dye Zain tu. Jugak, tak lah sesimple kawin bawah pokok kelapa je. Hahaha. Gurau ! Mereka(pakcik aku and his wife) bagi aku nampak comel sebab bini pakcik aku nie kecil molek saje (^‿^✿) ehehe. 
Nah, aku post gambar je lah. Setiap gambar kan ada cerita ? Bak kata Yuna. Hahaha XD
Itu diaaaa bini pakcik aku. Comelkan ?? Macam yang pakai tudung kuning tu jugak(‐^▽^‐) ahaks ! Itu lah aku. Hahaha !
Nah ! Time nie tengah sarung cincin. Hah, sarung jangan tak sarung !  (*≧▽≦)
Ini pulak time makan beradab belah pengantin perempuan. Hensem + cun , ye dok ?! Hahaha ! Tona kaler baju pengantin cantik. Aku suka X3 nyanyi sikit, "senyummu menawan.. menawan~~"
Tadaaaaa !!! Inilah pakcik bongsu aku. Hensem kan ?! Ada lesung pipit lagi. Gigi pun cantik je tersusun. Hahaha. Tapi si pengapit a.k.a sepupu aku tu pun ikut tersengih sekali ?? Lantok...〜( ̄▽ ̄〜)
Jeng jeng ! Inilah family aku ! Family yang besar σ(≧ε≦o)  hahaha. Owkey, cuba kira berapa orang ahli keluarga aku and dimanakah aku ?? Soalan kacang !
Okey, itu je lah gambar kawin pakcik aku yang formal. Yang kat bawah nie pulak gambar kami sepupu sepapat berposing. Hahaha. Jemput tengok !



Si kecik tersepit antara dua~


Makan di meja pengantin ! Aku pengapit ヽ(*≧ω≦)ノ Gambar nie tak seberapa. Lantok lerr...





Gambar nie gerak tapi aku suka !


Maaflah gambar nie senget. Dari fon okey, bluetooth ke laptop okay, sekali upload ke sini senget. Aku dah puas betulkan, tetap nak senget. Ah, sukati kau lah.

Kereta zaman kuno yang masih digunakan pada zaman moden. Sepupu aku perasan jap. Hahaha (*≧▽≦)

Itu adik kedua aku (๑>ᴗ<๑) Tembam kan dye ? Hahaha XP

Owkey... Tamat sudah cerita aku (〜 ̄▽ ̄)〜  Hope korang enjoy baca blog aku yang masih tak seberapa nie. Maklum lah newbie lagi kan.. Hahaha. Apa2 pun, aku memang enjoy masa hari-hari perkahwinan tersebut ! Bergambar je sepanjang masa. Yang sedihnya, camera aku tertinggal cas dekat rumah. Majlis nie kat kampung, Negeri Sembilan. Aku umah kat Bangi. Bateri guna 1 hari, habis... Btw, henpon kan ada ?? Hahaha XD 
Maka, tamatlah (berapa kali type 'tamat' laa) sudah kisah aku kali ini. Bye, assalamualaikum 
(。◝‿◜。)