A ghost ??!

Wahai manusia-manusia sekalian. Di bumi ini terdapat makhluk lain juga yang menghuni. Bukan haiwan, bukan tumbuhan. Tetapi suatu entiti yang tidak dapat diterima akal oleh ahli-ahli sains. Juga tidak dapat dilihat dengan mata kasar.. Mata kita telah dikaburi dengan hijab... Jika terbuka hijab kita, maka terlihatlah kita suatu benda ghaib yang jarang-jarang dilihat.. Benda ghaib yang menakutkan.. Yang menjadi igauan buruk kepada mereka yang 'istimewa'. Dan, benda ghaib tersebut ialah...

 
HANTU KAK LIMAH ??!

Bukan Hantu Kak Limah ! Tapi HANTU sahaja ! HAHAHA ! Takut tak ?? Tak takut ? Tak pe, kalau tambah background music nie, pasti gempak ! Bunyi guruh berdentum ! Angin bertiup kencang ! Suara-suara nyaring manusia yang meminta tolong. Juga suara bayi yang menangis ketakutan. (Apa aku merepek nie?) Hahaha.
Owkey. Stop bebel. Aku post entri baru kali nie, nak story tentang kejadian benar yang berlaku dalam hidup aku. Bukanlah kejadian yang macam dalam filem2 hantu yang penuh dramatis dan tragis, cuma tertangkap gambar hantu je.
 
Ceritanya gini. Masa tu, aku and sedara-mara aku, kebanyakannya budak2 lah, tengah hepi2 main dekat luar rumah nenek aku. Kawasan luar rumah nenek aku tu lapaaannnggg ! Dekat situ ada satu pondok untuk lepak2. Atuk aku bina sendiri tau ! Dah tua2 pun still kuat. Hehehe >_<
Okey. Masa tu, aku tengah melayan adik bongsu aku nie main kat atas pondok tu. 
Comelkan adik aku ?? X3
Dekat sebelah aku lak, ada sedara perempuan aku. 13 tahun. Nana nama samarannya. Dye tengah syok amik gambar sendiri guna henfon aku. Dalam erti kata lain, ber'SS' lah. SS ? Apa tu ?? Syok Sendiri lah.. Hehehe. 
Ini diaaa Nana aku ^_^
Sambil aku layan adik aku main, sambil tu aku layan gak lagu dalam MP3 Nana tu. Kadang2 aku mencelah gak masuk dalam gambar2 yang Nana amik. Hahaha. Dye amik gambar terus save. Tak tengok balik gambar yg dah diambil. Amik gambar dekat oudtoor. Manalah jelas gambarnye kat skrin fon kan ?? Soal buruk ke okey ke gambar tu, itu hal dalam rumah nanti. 
Masa dye amik2 gambar tu dah petang dah.. Kul 5.30 pm.. 
Okey. Ini cerita dalam rumah pulak. Masa nie aku lepas solat maghrib. Aku lepak dalam bilik tempat adik lelaki aku tengah rilex. (Pssst, adik aku tu bru pas sunat. Ekeke) Then, aku teringat pasal gambar2 siang tadi. Amik fon, baring atas katil, tengok gambar. Tersenyum-senyum tengok gambar2 tu semua. Macam2 ! 
Pastu, sampai kat satu part nie, aku dah mula sangsi. Ada kepelikan kat foto Nana. Kenapa rambut Nana belah kiri putih semuanya ?? Waktu tu, Nana lepas rambutnya yang lurus separas bahu. Aku next pic pulak. YA ALLAH ! Aku punye terkejut tengok gambar tu ! Putih belaka rambutnya !

Ini gambarnya. Tak ada rupa Nana langsung ! Nak kata sinaran cahaya matahari, takkan lah semuanya putih rambut tu ?? Nak kata flash ?? Sebelum nie hitam belegam je rambutnya kena flash ?

Then, aku terus gi kat mama aku yang tengah main tab and tunjuk gambar nie. Istighfar mama aku. Aku hebohkan kat semua pakcik, makcik, sepupu sepapat, nenek atuk, pasal gambar nie. Aku tunjuk gambar yang sebelum (yang rambut Nana baru nak jadi putih sebelah kiri saja) dengan gambar yang memang dah full white rambut dye. Gambar yang rambut dye putih sebelah kiri je tu aku tak nak post, sebab dye tak pakai tudung. Tapi yang nie aku berani post sebab aku yakin ini bukan dye ! 
Kecoh gak la rumah nenek aku. Masing2 intai luar rumah tengok kat pondok tu. Gelap. Memangla gelap dekat luar rumah. Malam kan ? Hahaha. Pastu, Nana pulak dah menangis. Dye takut. Kebetulan ayah dye datang, dye nak balik. Rumah Nana nie dekat je dengan rumah nenek aku. Tapi jalan kaki penat jugak.
 Ayah dye pun tengok gak gambar tu. Pastu mereka balik. Then tak lama lepas tu, dalam 10 minit, ayah Nana datang balik bawak bini. Semata-mata nak tengok gambar yg kat atas atas tuu..
Owh aku terlupa something. Imbas kembali masa aku and Nana dekat pondok luar rumah nenek aku..
Masa tengah layan adik aku main, aku sempat dengar Nana kata,

"Hish, kenapa gambar aku tak lawa nie ? Aku nak amik gambar macam hantu lah pulak"

That's it.. Mungkin kerana mulutnya, benda tersebut menonjolkan diri.. Menurut kata pakcik bongsu aku yang baru kawin tu, pondok situ memang ada makhluk yang duduk. Ada dua ! Satu putih satu hitam. Tapi, hem. Wallahualam...

KORANG NAK PERCAYA ATAU TIDAK, TERSERAH. AKU DAH DENGAR MACAM2 CERITA DEKAT RUMAH NENEK AKU. BUT, KAMI HANYA BIARKAN 'MEREKA' HIDUP. ASAL 'MEREKA' TIDAK MENGGANGGU KAMI SUDAH..

Sekian.. 

4 comments:

  1. Wow! Serioussssssssssssssssssssssss Ieraaaaaaaaaaaaaaa? :3 Btw, baru kau faham bila kau post buat kali kedua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. serius la ! first time aku dapat gambar yg real depan2 au XD seronok pulak. datang betul, mencicit aku XP

      Delete