Selamat Tahun Baru 2014 :')

HERE :
Hehehe. Aku terlewat 1 jam 15 minit untuk ucap nie. Ucap ke ? Rasanya aku post gambar je. Kan kan ?? 
Hahaha. Btw, aku rasa tahun nie syahdu sangat.. Tak tahu kenapa.. Aku rasa macam... Macam... 
Sedih sangat.. Terharu.. Syahdu.. Comelnya budak nie cebik >_<
Hem... Lagi... 
Lagi.. 
Lagi.. aku rasa macam nak pergi... Pergi meninggalkan... alam nie. Aku rasa macam dah tak lama dah aku hidup atas dunia nie. Aku macam dapat rasa macam mana perasaan mama abah aku yang sedih bila aku dah tiada nanti. Dapat rasa macam mana perasaan kawan-kawan aku, especially Fadhilah yakni BESTFRIEND aku, perasaannya, bila dia dapat tahu aku dah tak de lagi untuk dye luahkan segala-galanya selain dari-Mu ya Allah..
Ya Allah.. Aku masih banyak dosa yang belum diampunkan lagi ya Allah.. Banyak lagi perkara yang aku nak buat atas dunia nie ya Allah.. Kau berilah aku kesempatan untuk ku hidup dan berbakti atas dunia-Mu ini ya Allah.. Berilah lagi aku kesempatan untuk merayu keampunan dari-Mu ya Allah... Aku belum cukup puas untuk berada disamping keluargaku, kawan-kawanku. Belum cukup puas untuk merasa nikmat-Mu ya Allah.. 
Tapi, jika sudah ditakdirkan aku hanya dapat hidup untuk setakat ini, aku redha ya Allah... Kau utuskanlah malaikat Izrail untuk menarik nyawaku ya Allah.. Tetapi, janganlah engkau membiarkan malaikar Izrail menarik nyawaku dengan dahsyat ya Allah ! Sakitnya sakaratulmaut itu, kira-kira 300 kali dipukul pedang ! Ya Allah..! 
Aku sebenarnya, sangat takut bila teringatkan tentang kejadian-kejadian selepas kematian. Perjalanan untuk ke alam syurga sangat hebat dugaannya. Juga perjalanan untuk ke alam neraka, turut hebat. Hendak menjadi baik bukan senang. Hendak menjadi jahat juga bukan mudah. Jika ada yang rasa jadi jahat itu mudah, itu bermakna mereka telah berjaya mengikut jejak langkah syaitan. Syaitan hanya bertepuk tangan melihat mangsanya terbakar dalam api neraka kelak ! 
"Syabas manusia ! Kau bodoh !", kata syaitan dengan sinisnya.
 
"Allah !!!", meraunglah ahli neraka meminta dikembalikan ke dunia..
Marilah kita mengucap dua kalimah sebentar :')
Itu sajalah perasaan yang dapat aku luahkan sekarang nie :)
Hemmm...
Azam tahun baru aku ??
"Aku nak jadi lebih baik dari yang dulu. Mahu menjadi seorang yang cekap dan peka tentang keadaan sekeliling. Mahu menjadi seorang remaja yang berguna ! Menjadi anak yang berbakti kepada ibubapa. Menjadi hamba yang PAYAH sangat untuk meninggalkan suruhan-Nya, bukan yang MUDAH melakukan larangan-Nya. Dannn... Kalau boleh nak jumpa kawan baru and.. Hem, teringin juga untuk berumahtangga. Ehehe" 

Sekian, itu sahaja luahan dari hati ke blog aku untuk pagi ini.
1:15am *1 Jan 2014*

Alhamdulillah !

4 comments:

  1. Haha, Iera. Tergelak aku baca azam kau yg last sekali tu! xp Hahahhaa, ada jodoh adalah yeeeee? Btw, NICE ENTRY :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Azam jugak kan ?? Ehehehe. InsyaAllah ada.. Tak kira lambat atau tak. Ada je kan nanti ? Ekeke. nice ke ? Tenkiu =3

      Delete
  2. nnt buat majlis jgn lupa jemput.. hhahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ! okey kak. insya Allah tak lupa nak jemput. Insya Allah. Tp tade calon lg la kak XP

      Delete